Sudah bertahun-tahun ku menanti dirimu,
Aku tahu diri ku ini tidak lah sehebat orang lain,
Namun ku harap cinta ini berbalas,
Dan tidaklah ia akan bertepuk sebelah tangan.
Tepat 12.30 pagi,
Aku terima mesej yang amat perit bagiku,
Kata mu kamu sudah berpunya,
Dan lelaki itu telah pun menunggu mu 7tahun lamanya,
Tapi tidakkah lebih baik kau berterus terang,
Semenjak kita sudah terjebat dalam alam maya percintaan.
Mungkin aku juga yang silap,
Terlalu memaksa dirimu untuk mencintai ku,
Aku tahu yang kau masih cintakan aku,
Dan aku juga tahu yang kau tahu aku masih sayangkan aku,
Tapi mengapakah ini semua harus berlaku dalam hidupku?
Tatkala aku lihat orang lain sudah pun gembira,
Tetapi bagi aku hanyalah derita yang aku terima,
Aku amat menyayangi dirimu,
Sepenuh hatiku....aku ingin kau tahu itu,
Amatlah susah bagiku untuk melupakan semua ini,
Dan begitu susah apabila aku tahu kamu sudah berpunya dari mulut orang,
Bukanlah daripada mulut mu, sayang.
Apalagi dayaku?Tak dapat mengubah lagi kehendakmu,
Tak pun aku merasa sakit apabila tersiat daging di kedua-dua belah tangan aku,
Sambil darah mengalir dengan lajunya,
Tetapi perit dan sakit lagi apabila cinta ini di permainkan,
Kehebatan cinta ini tak akan berhenti disini sahaja,
Tetap akan ku usahakan untuk bersamamu.
Genggamlah tangan ku sayang,
Ku tak takkan pergi meninggal kan dirimu,
Kekuatan hati dan teguhnya pada janji ku dulu,
Untuk menemani hidup mu sayang.
|Kehebatan Cinta Ini Akan Tetap Aku Pertahankan|