Monday, October 25, 2010

Tahniah Buat Kau, Sayang

TIADA perkataan dapat menggambarkan apa yang aku sedang rasakan sekarang.
Jiwa ini terasa benar suatu kehilangan. Aku rasa amat tersiksa dengan kehidupan “baru” ini. Mungkin aku tidak segagah dia yang mampu menerima perpisahan ini dan meneruskan kehidupan dengan kebahagian yang baru. Aku masih lagi terkapai-kapai mencari halatuju selepas ini.

Sambil mendengar lagu dendangan Anang - Separuh Jiwaku Pergi seperti aku ingin mengubahnya kepada "Sepenuh Jiwaku Pergi"
 Kekasih hati telah pun pergi mencari kebahagiaan yang baru. Kekasih yang sebelum ini bersamaku, hidup senang susah tetap kami tempohinya bersama namun kini segala-galanya telah berubah.Apalah dosaku?Sampai sebegini rupa engkau permainkan aku?Apalah kesalahan ku, hingga aku ditinggalkan hanya sekelip mata.



Aku rindukan dia. Aku rindukan gelak tawanya. Aku rindukan marah herdiknya.  Aku rindukan segala-galanya tentang dia.
Aku tidak lalu makan, bukan setakat tak lena tidur, tapi gagal melelapkan mata. Kerinduan dan rasa kehilangan, ditambah dengan rasa duka dan kecewa, benar-benar membinasakan aku. Dan kali ini, aku bukan lagi seperti insan yang dikenali ramai dulu.


Hidupku telah berubah dalam sekelip mata, masa depan ku gelap. Perjalanan harianku terlalu suram.

|Kehebatan Cinta Ini Akan Tetap Aku Pertahankan|

No comments:

Post a Comment